Sokongan demi visi membentuk kepelbagaian kerja berpasukan

Monstar Lab, Inc., CEO Hiroki Inagawa

Secara umumnya, kepelbagaian adalah penting untuk organisasi, tetapi sukar untuk melihat mengapa ia menjadi keperluan dan apakah kebaikannya dalam kehidupan seharian kita. Namun begitu, sebuah syarikat teknologi maklumat di Jepun, Monstar Lab, Inc., memegang “kepelbagaian” sebagai visi mereka dan menghasilkan kesan bekerja dengan mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang.

Ditubuhkan pada 2006, ibu pejabatnya di Tokyo mempunyai para pekerja dari 10 negara yang berbeza, dan terdapat beberapa pekerjanya yang bertanggungjawab dalam bidang perakaunan dan juga penghasilan perniagaan. Tiada seorang pun daripada para pekerja baru sejak dari April 2016 yang mempunyai kewarganegaraan yang sama.

Baru-baru ini, tumpuan mereka adalah pada perniagaan sumber teknologi global dimana para pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan luar untuk web, mudah alih dan projek pembangunan sistem di luar negara yang menggunakan pangkalan pembangunan syarikat di China, Vietnam, Bangladesh. Pada tahun 2013, perniagaan ini telah berkembang menjadi sebuah anak syarikat seperti “Sekai Lab.” Kini, Sekai Lab mempunyai rakan perniagaan di 15 negara seperti Asia Tenggara dan India, dan jumlah keseluruhan jurutera mereka adalah seramai 10 ribu. Pada bulan November yang lalu, Sekai Lab menerima 3.4 juta dolar Amerika yang dapat mempercepatkan pembangunan pangkalan di seluruh negara.

Mereka mengatakan bahawa kunci untuk mencapai kejayaan melalui kolaborasi dengan mereka yang datang daripada latar belakang yang berbeza adalah “sokongan demi visi mereka”. Kami menemu ramah Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Hiroki Inagawa tentang bagaimana Monstar Lab menguruskan kepelbagaian dalam penguasaan organisasi itu.


Visi membawa “kepelbagaian” dalam syarikat

S. Ceritakan tentang latar belakang dan visi syarikat anda.

CEO Hiroki Inagawa

Kami menubuhkan perniagaan kami daripada “monster.fm,” iaitu perkhidmatan pengedaran muzik dalam talian untuk artis indie. Walaupun Monstar Lab bermula daripada muzik, matlamat kami tidak pernah berubah; mencipta dunia yang mempunyai peluang dan pilihan untuk semua orang bukan sahaja dalam bidang muzik tetapi juga dalam perkara-perkara lain. Demi mencapai matlamat ini, terdapat dua visi dalam syarikat kami, “Mencipta satu platfrom untuk kepelbagaian” dan “Mengubah dunia melalui teknologi.” Dengan adanya Internet, maklumat kini terbuka tanpa mengira batasan fizikal seperti jarak, masa dan ruang. Pada masa hadapan, saya percaya ia akan menjadi nilai asas untuk mereka yang memiliki pelbagai bakat dapat menyampaikan hasil kerja mereka di mana-mana sahaja dan mereka itu boleh memilih untuk menerima apa sahaja yang mereka mahu.


S. Dengan visi ini, adakah apa-apa persamaan di kalangan para pekerja anda?

Mereka yang bekerja di syarikat kami mempunyai sokongan kepada visi dan komited dengan rasa pemilikan. Ia bukanlah tujuan kami untuk mewujudkan kepelbagaian dalam syarikat kami. Disebabkan kami memerlukan sokongan kepada visi syarikat kami dan komitmen kepadanya, mereka yang menyertai kami adalah unik, maka dengan itu mereka datang dari pelbagai negara. Sudah tentu, terdapat beberapa kes-kes seperti pertukaran pelajar yang sukakan budaya pop Jepun tertarik dengan perniagaan pengedaran muzik kami, atau jurutera dari luar negara yang menyertai mengetahui tentang Sekai Lab. Walau bagaimanapun, terdapat mereka yang datang dari negara dan latar belakang yang berbeza pada peringkat awal syarikat kami. Saya rasa kepelbagaian dalam syarikat kami tercipta oleh mereka yang menyokong budaya kami yang berbeza daripada syarikat-syarikat tradisional Jepun, dan perkhidmatan yang kami sediakan.


“Kepelbagaian” jadikan pasukan kami lebih kuat

S. Apakah perubahan tertentu yang boleh dibawa oleh “kepelbagaian” ini?

Terdapat dua perubahan yang baik dalam satu pasukan dengan kepelbagaian. Pertama, kepelbagaian membuatkan kita dekat kepada apa yang penting. Mereka berbeza dari segi latar belakang, cara berfikir, bagaimana untuk mendekati, dan juga kewarganegaraan mereka. Jika anda mahu mewujudkan perkhidmatan atau produk global, nampaknya ia lebih cenderung bahawa satu pasukan dengan pelbagai perspektif akan menghasilkan keputusan yang lebih baik daripada satu pasukan dengan latar belakang dan pemikiran yang sama atau serupa. Dalam pasukan yang sebelumnya, kita boleh mempunyai keraguan tentang apa yang diambil mudah dan muncul dengan idea-idea daripada pemikiran bebas, yang membawa kita kepada apa yang penting daripada pemikiran yang lebih mendalam melalui perbincangan.

Monstar Style

Kedua, kepelbagaian boleh mengubah budaya sesebuah pasukan untuk menjadi lebih kuat, yang boleh mengambil pendekatan terbaik menuju matlamat itu. Jika sesebuah pasukan itu terdiri daripada orang-orang yang berada di dalam persekitaran yang sama, tindakan mungkin terhad kerana budaya atau adat mereka.Contohnya, orang Jepun cenderung untuk ragu-ragu dalam menyatakan pendapat mereka apabila mereka bersama. Walau bagaimanapun, jika ada seseorang yang mengatakan pendapat mereka dalam pasukan yang sama, ia menjadi lebih mudah untuk bersuara. Satu pasukan dengan kepelbagaian boleh menghapuskan “peraturan tak terucap” berdasarkan budaya atau originasi asal mereka, dan kita boleh memilih yang terbaik di antara cara masing-masing.

Dalam usaha untuk mengekalkan perubahan yang dibawa oleh kepelbagaian ini, kami menggambarkan secara tetap berdasarkan “Monstar Style” kami, garis panduannya adalah tingkah laku kita. Dalam usaha untuk memastikan penghasilan yang lebih baik, adalah perlu bagi kita untuk mempunyai kedua-dua rasa nilai dan tindakan dan terus mengembangkan kedua-duanya. Jadi, kami dapat merenung dan menilai demi rasa nilai dan tindakan kami oleh diri kami sendiri sekali-sekala. Ini mewujudkan budaya dimana kepelbagaian membuatkan pasukan kami lebih kuat, dan mencontohi visi kami iaitu “mencipta platform untuk kepelbagaian.”


“Kepelbagaian” berfungsi dengan memahami sifat peribadi

S. Adakah anda mengalami sebarang kesukaran dengan memiliki “kepelbagaian”?

Ia agak sukar apabila kami membuka pangkalan baru di China iaitu cara untuk meneruskan kerja adalah berbeza. Contohnya, orang-orang Jepun memenuhi tarikh akhir penghantaran tanpa memberitahu apa-apa, tetapi orang-orang Cina tidak berkongsi idea yang sama. Oleh itu, kami ada melakukan beberapa kesilapan kerana perbezaan ini pada mulanya, tetapi kami mula memahami keutamaan mereka tentang tarikh akhir penghantaran adalah berbeza daripada orang-orang Jepun.

Orang Cina mempunyai tujuan tertentu apabila mereka melakukan sesuatu. Apabila mereka melihat pertumbuhan ekonomi negara mereka, mereka menghasilkan banyak faedah daripada pertumbuhan itu berbanding mengambil kesempatan. Kami mendapati bahawa ia tidak bermakna jika kami memberitahu mereka kepentingan menjaga tarikh akhir penghantaran. Sejak itu, kami perjelaskan maksud dan alasan untuk mengekalkan tarikh akhir untuk orang persendirian dan syarikat. Para pekerja Cina sangat profesional dengan kemahiran teknologi tinggi, jadi apabila rasa tujuan ini dikongsi, mereka boleh menunjukkan prestasi baik untuk mencipta produk yang baik.

Apabila kita berjumpa dengan orang yang berbeza daripada kita, kita cenderung untuk memikirkan ciri-ciri mereka sama ada baik atau buruk, tetapi sesebuah pasukan tidak boleh bekerja dengan baik jika anda hanya memaksa tanggungjawab itu tanpa memahami mereka. Dengan mengenal pasti sifat-sifat peribadi mereka dan berkomunikasi berdasarkannya, kita boleh menonjolkan nilai masing-masing. Apabila ada masalah, kita berikan tumpuan pada cara untuk menyelesaikan masalah itu dan bukannya menyalahkan orang lain dan berkomunikasi bergantung pada latar belakang seseorang itu.


Nilai “komitmen pada visi” dalam pengambilan

S. Bagaimana anda mengambil pekerja yang boleh berkolaborasi dalam satu pasukan dengan kepelbagaian?

CEO Hiroki Inagawa

Apabila mengambil pekerja, kami menghargai sokongan kepada visi kami dan melihat sama ada seseorang itu mempunyai “kesediaan untuk komited demi dunia yang lebih baik”, dan “menghormati orang dan pendapat yang berbeza.” Jika matlamatnya adalah untuk merealisasikan dunia yang lebih baik, idea-idea dan perspektif yang berbeza membantu mencapai matlamat, dan setiap orang harus menghormatinya. Orang ramai boleh memperoleh kemahiran komunikasi dan kemahiran lain melalui pembelajaran, tetapi pendirian dan cara berfikir tidak akan berubah secara asasnya. Oleh itu, kami melihat ciri-ciri itu dalam sesi temu duga.

Mereka yang diberi tanggungjawab mempunyai cara temu duga yang tersendiri, tetapi saya membincangkan bidang yang diminati calon dan berikan pendapat daripada pelbagai perspektif kepada mereka. Saya menilai kebolehan seseorang untuk syarikat kami dengan melihat sama ada seseorang itu memiliki rasa tanggungjawab tanpa dipengaruhi oleh idea-idea terdahulu, prejudis, atau akal; atau sama ada orang itu dapat mentafsirkan pendapat yang bertentangan dengan cara dan pemikiran tersendiri secara bebas.


Terdapat ramai orang di syarikat kami yang sesuai dengan visi dan budaya kerana adanya pengambilan graduan baru kami yang bermula enam tahun lalu, bagi kami, kami telah menarik budaya syarikat kami dalam media pengambil yang berbeza. Padanan pemohon dan syarikat menjadi lebih baik kerana mereka tahu secara mendalam mengenai syarikat kami dan menyokong kami daripada maklumat yang kami sampaikan seperti cara kami berfikir tentang kerja dan visi kami.

S. Apakah perbezaan dalam pengambilan pekerja di Jepun dan di luar negara?

Apabila kami mengambil pekerja di luar negara, dimana peluang pekerjaan adalah terhad, ia adalah mustahil untuk mengadakan temu duga untuk setiap pemohon kerana terdapat beberapa ratus orang yang memohon untuk satu jawatan. Jadi, kami telah mengadakan peperiksaan bertulis dan pemeriksaan dokumen. Saya tinggalkan pengambilan untuk setiap pengarah dalam pangkalan luar negara, saya tidak akan berikan komen tentang mereka. Sebaliknya, saya kongsikan visi kami dan bincangkan sumber manusia yang sesuai untuk syarikat kami dan matlamat kami pada masa akan datang dengan pengarah di luar negara, jadi walaupun proses pengambilan adalah berbeza di setiap negara, kami boleh mengambil pekerja bagi mereka yang menyokong visi kami.


Struktur organisasi membolehkan fokus pada misi

S. Adakah apa-apa yang istimewa dalam struktur organisasi anda demi kejayaan dalam sesebuah pasukan dengan kepelbagaian?

Saya cuba menghasilkan persekitaran di mana pekerja boleh mengatakan pendapat dan idea-idea mereka tanpa mengira kedudukan atau apa yang pengarah katakan dan boleh memberi tumpuan kepada misi mereka. Saya sengaja membentuk struktur organisasi yang sama rata dan memastikan perniagaan dan unit projek sekecil mungkin. Syarikat kami dibahagikan kepada unit perniagaan, dan setiap perniagaan mempunyai pengarah yang bertanggungjawab. Di bawah cabang pengarah itu, tiada pengurus pertengahan tetapi pasukan berada di peringkat rendah seperti pemasaran, produk, dan jualan. Setiap pasukan mempunyai dua hingga sepuluh orang dan menumpukan kepada KPI (Petunjuk Prestasi Utama) yang ditetapkan dalam satu pasukan kecil, maka mereka tidak akan teragak-agak untuk mencurahkan pendapat mereka, yang tidak akan mencetuskan konflik.

Selain itu, untuk mengadakan perbincangan yang aktif, kami menghasilkan persekitaran di mana para pekerja boleh membincangkan apa-apa urusan pada bila-bila masa yang mereka mahu dengan menggunakan alat komunikasi dalam talian, dan membuka sebarang maklumat melainkan jika ia mempunyai masalah keselamatan. Kami mempunyai Skype dalam talian sepanjang masa supaya mereka yang bekerja dari jauh boleh menyertai perbincangan itu juga.


“Kepelbagaian” ditembusi oleh mereka yang bersuara untuk pasukan lain di luar negara

S. Adakah sesuatu istimewa yang anda lakukan apabila berkomunikasi dengan mereka yang berpangkalan di luar negara?

Kami menghargai komunikasi secara bersemuka, dan para pekerja datang dan pergi ke setiap pangkalan lain secara kerap. Apabila seseorang pergi dan bekerja dengan mereka yang berada dalam satu pasukan di luar negara, pekerja itu datang untuk bercakap bagi pihak pasukan dalam perspektif dan cara pemikiran mereka melalui kolaborasi bersama mereka dan memahami budaya mereka. Jika orang itu bergerak ke pangkalan yang berbeza, pemikiran yang diperolehi itu dibawa bersama, yang menembusi kepelbagaian di syarikat kami.

Tetapi, konflik boleh terjadi dengan lebih mudah dalam komunikasi jauh sama ada di luar negara atau dalam negara yang sama. Oleh itu, pasukan pengurusan kami, termasuk saya sendiri, memberi lebih perhatian terhadap perkara ini. Walaupun kami mempunyai konflik dalam pasukan pengurusan atau pasukan projek di luar negara, kami tidak mendedahkannya kepada khalayak ramai supaya tidak mengelirukan para pekerja kami daripada berfikir mempunyai konflik dan menyalahkan antara satu sama lain adalah perkara biasa. Jika terdapat percanggahan antara pangkalan-pangkalan di luar negara, pengurusan di setiap negara akan mendedahkan apa yang perlu ditingkatkan untuk pasukan sendiri, dan memuji pasukan lain atau menghargai kerja mereka. Kami sengaja bertegas dengan pasukan kami sendiri untuk menjaga hubungan yang baik.


“Mencipta platform untuk kepelbagaian” di seluruh dunia

S. Apa yang ingin anda realisasikan pada masa hadapan?

CEO Hiroki Inagawa

Saya ingin mencipta pelbagai peluang untuk mereka yang mempunyai kemahiran dan visi untuk mempengaruhi orang lain. Dalam masa terdekat ini, ia akan menjadi mustahil untuk menjalankan perniagaan hanya di dalam sesebuah negara dari sudut melaksanakan sumber manusia dan peluang pekerjaan. Pertumbuhan syarikat terpulang kepada kita sama ada kita boleh bekerjasama dengan mereka yang datang dari pelbagai latar belakang, bukan hanya sebagai perkembangan global. Anda akan dapat bekerjasama dalam satu pasukan dengan kepelbagaian hanya dengan mengambil pengalaman bekerja bersama-sama dengan mereka yang datang dari latar belakang berbeza, kadang-kadang tidak bersependapat dan bergelut dengan mereka.


Kami mewujudkan pangkalan pembangunan di Bangladesh, dimana ramai orang yang berbakat tidak mempunyai cara lain tetapi pergi ke luar negara untuk bekerja kerana tiada industri sebagai asas mereka di dalam negara. Matlamat kami adalah untuk menjadi sebuah perniagaan pembangunan di negara mereka yang menyumbangkan kepada penghasilan teknologi maklumat sebagai industri perniagaan negara mereka dengan bekerja bersama-sama mereka. Mereka benar-benar bersemangat untuk bekerja dan sangat berminat untuk memberi sumbangan kepada negara mereka dan pelan perniagaan masa depan. Pembukaan pangkalan pembangunan di negara mereka ini menyediakan mereka dengan peluang untuk menonjolkan bakat mereka serta mewujudkan satu lagi pilihan bagi para pelanggan dimana untuk membangunkan perkhidmatan atau produk mereka.

Memperluaskan asas pembangunan merupakan sebahagian daripada “platform untuk kepelbagaian.” Dunia menjadi lebih kecil dan lebih terbuka untuk kita. Saya ingin menjadikannya kebiasaan untuk semua orang di dunia untuk mencurahkan bakat mereka dan memilih apa yang mereka suka tidak kira di mana mereka tinggal atau di mana mereka dilahirkan kerana perniagaan kami “mencipta platform untuk kepelbagaian” ke seluruh dunia. Lebih ramai orang yang boleh menunjukkan bakat mereka jika adanya peluang, jadi saya ingin mengembangkan peluang-peluang bagi orang-orang seperti mereka untuk mencipta pelbagai nilai dan membawa “kepelbagaian” di dunia.



Artikel berikut akan dikeluarkan dalam seminggu.