Kepada mereka yang mewujudkan cara kerja dan cara hidup yang baru

Ketua Pegawai Eksekutif HITOKARA MEDIA INC., Junichiro Takai

HITOKARA MEDIA INC. (terletak di Tokyo, Jepun) membangungkan perniagaan mereka dari penempatan pejabat ke broker hartanah. Perkhidmatan mereka merangkumi pemilihan pejabat hingga pembinaan reka bentuk dalaman berdasarkan pertumbuhan, strategi pekerjaan dan penjenamaan klien mereka. Syarikat ini mencabar gaya bekerja yang unik seperti menubuhkan sebuah pejabat satelit. Kami menemuramah Ketua Pegawai Eksekutif HITOKARA MEDIA INC., Junichiro Takai, tentang pendekatan mereka yang menarik.

Menjadikan “kerja” dan “kehidupan” lebih menarik

Q. Apakah perniagaan anda?

Takai: Dalam misi perniagaan kami “Jadikan ‘kerja’ dan kehidupan’ lebih menarik di kedua-dua kawasan 'bandar’ dan 'luar bandar’,” perkhidmatan kami membangunkan campur tangan agensi bagi pejabat perniagaan dan menghasilkan rekaan dalaman pejabat klien. Oleh kerana ekonomi Jepun telah bertukar ke peringkat matang selepas tempoh pertumbuhan ekonomi yang tinggi, kepentingan peribadi bagi nilai telah berubah daripada 'padat’ ke 'lembut’. Bagi industri kami, yang merupakan perniagaan hartanah, semakin ramai orang yang lebih berminat dalam pengalaman untuk hidup dimana mereka mahu menetap daripada membeli hartanah.

Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat mencari pekerjaan yang memuaskan di kawasan tersebut oleh kerana kekurangan peluang pekerjaan dan pelbagai pilihan pekerjaan. Ia menyebabkan orang ramai susah untuk menetap di tempat yang mereka inginkan. Oleh itu, kami berhasrat untuk menyelesaikan masalah ini demi menyediakan persekitaran dimana orang ramai dapat melakukan apa yang mereka lakukan di kawasan bandar walaupun berada di kawasan luar bandar.


Pejabat satelit menghasilkan prototaip cara kerja kami yang mencabar

Q. Apa yang membuatkan anda menubuhkan pejabat satelit?

Takai Junichiro

Takai: Kami mahu melaksanakan misi kami sendiri. Dengan setiap tujuan yang berbeza, syarikat kami kini memiliki dua pejabat satelit; satu di Karuizawa di wilayah Nagano, dan satu lagi di Bandar Minami di wilayah Tokushima. Di dalam pejabat satelit di Karuizawa, pekerja kami sering bekerja di sana sebagai sebuah pejabat tinggalan. Pejabat ini terletak di kawasan dimana banyak syarikat menubuhkan pejabat satelit kerana peningkatan isi rumah yang bekerja di kawasan bandar dan menetap di Karuizawa. Para pekerja kami boleh bekerja secara fleksibel di pejabat, sebagai contoh hanya untuk seminggu.

Selain itu, pejabat satelit di Tokushima adalah sebuah pejabat berkala, dan kami menggunakannya untuk kegunaan jangka pendek seperti latihan pekerja dan kem pembangunan. Kami, sebagai sebuah syarikat, telah memutuskan untuk menubuhkan pejabat satelit kami yang tersendiri sebagai satu prototaip bagi cara kerja dan cara hidup yang baru, dimana kami percaya bahawa pejabat satelit dapat menjadi salah satu penyelesaian efektif yang dapat menghubungkan kawasan bandar dan luar bandar.


Q. Adakah terdapat apa-apa perubahan sejak penubuhan pejabat satelit anda?

Takai: Saya fikir yang anda boleh berasa gembira dan sedih tentang perkara hanya melalui pengalaman sebenar anda dalam mengenalpasti perbezaan antara kebenaran dan situasi yang anda harungi. Jadi, oleh kerana kami merasai cara bekerja dan cara hidup yang baru, semakin lama kami mula memikirkan misi syarikat kami sebagai urusan kami sendiri.


Pejabat dapat mewujudkan budaya dan nilai sesebuah syarikat itu

Q. Bagaimana anda berkomunikasi dengan mereka yang bekerja di kawasan terpencil?

Takai Junichiro

Takai: Kami berada di fasa permulaan dalam perniagaan, dan kami mengupah lebih ahli setiap bulan bermula tahun ini. Oleh itu, dengan perspektif pembangunan pasukan,ia sepatutnya lebih produktif untuk bekerja di satu tempat yang sama. Namun sejak kami menubuhkan pejabat satelit untuk penggunaan yang efektif pada masa akan datang, kami khususnya berhasrat untuk fokus pada dua perkara dalam komunikasi kami dalam syarikat.

Pertama, kami cuba untuk memperbanyakan berkomunikasi di antara pejabat utama dan pejabat satelit. Kami berkongsi maklumat pada waktu sebenar dengan menggunakan Skype dan peralatan sembang yang lain. Kedua, kami mengaturkan peluang untuk berkomunikasi secara bersemuka sebagai satu syarikat sekali-sekala. Kami mengaturkan mesyuarat bulanan untuk mengesahkan kemajuan dan mengadakan perbincangan tentang perniagaan bersama dengan ahli-ahli yang berada di pejabat satelit di Karuizawa.


Q. Apakah keunikan pejabat anda?

Takai: Kami melihat pejabat sebagai persekitaran dimana budaya dan nilai sesebuah syarikat itu. Oleh itu, kami menawarkan banyak ruang kerja peribadi untuk setiap pekerja dengan gambaran pekerja kami dapat bekerja dengan selesa. Selain itu, terdapat sebuah ruang mesyuarat yang lapang, dan pekerja kami boleh menganjurkan acara yang dirancang mereka. Oleh kerana kami menghasilkan rekaan dalaman pejabat untuk klien, kami khasnya fokus untuk mencipta sebuah pejabat yang menarik untuk kami sendiri pada mulanya dimana kami ingin datang untuk bekerja.