Jadi, apa yang membawa kejayaan dalam kerjaya? (2/2)

Pegawai Eksekutif wanita di Pasona Tech, Inc. di Jepun, Makoto Ao

Pegawai Eksekutif wanita di Pasona Tech, Inc. di Jepun, Makoto Ao

Semalam, kami memperkenalkan satu-satunya Pegawai Eksekutif wanita di Pasona Tech, Inc. di Jepun, Makoto Ao, dan menceritakan bagaimana beliau membentuk karier beliau sendiri berdasarkan pengalamannya. Hari ini, dalam bahagian kedua temuduga bersama beliau, kami ingin memikirkan tentang ‘perkara yang membina sumber manusia dan mendorong ahli-ahli pasukan mempamerkan prestasi yang baik dalam satu pasukan.’

Perkara yang membina dan mendorong ahli-ahli pasukan anda memberikan prestasi yang baik.

Selepas menyertai Pasona Tech, beliau amat fokus pada kerjanya. Beliau memulakan sebuah perniagaan baru di Dalian, China pada tahun 2005, yang menghantar pelajar-pelajar dari universiti tempatan yang mempunyai latar belakang dalam bidang sains dan teknologi ke Jepun untuk latihan amali. Oleh itu, hidup beliau sememangnya berorientasikan kerja. Kemudian pada tahun 2007, beliau sedar bahawa tahun itu adalah peluang terakhir untuknya melahirkan anak kerana beliau telah berusia 35 tahun. Beliau sebenarnya merancang untuk memiliki anak pertama pada usia lewat 20-an dan anak yang kedua pada usia awal 30-an, tetapi ia tidak berlaku seperti mana yang beliau bayangkan kerana bukan disebabkan tuntutan kerja sahaja tetapi beliau juga didapati menghidap kanser.

Pada usia 31 tahun, saya ke Vietnam atas urusan perniagaan. Apabila saya berada di dalam kapal terbang, saya mula berasa sakit di perut saya dan tidak merawatnya sepanjang saya di sana. Selepas pulang, saya pergi berjumpa doktor, dan saya didapati menghidap kanser. Saya telah menjalani dua pembedahan, dan saya perlu mengambil cuti sakit untuk beberapa waktu. Saya berharap untuk mempunyai anak dalam beberapa tahun selepas menyertai Pasona Tech, tetapi hidup saya telah berubah dalam cara yang berbeza. Jadi, saya mahu mempunyai anak sebelum saya berusia 35 tahun.

Pengalaman yang dilalui beliau nampaknya begitu sukar. Apa yang membuatkan beliau kembali bekerja semula?

Oleh kerana sayalah yang telah memulakan perniagaan di sana, saya rasa bertanggungjawab. Disebabkan kerja saya menjadi lebih menarik, saya mula berasa yang saya perlu berada di sini.


Pengalaman saya membentuk asas syarikat sistem bekerja di rumah

Menjadi barisan hadapan dalam perniagaan telah mengubah kelakuan dan pemikirannya. Beliau mengambil cuti bersalin dan bekerja di rumah selepas tiga bulan setiap satunya. Yang mengejutkan, tidak ramai yang mengambil keputusan untuk bekerja di rumah.

Malah, saya bukanlah seorang yang memilih untuk bekerja di rumah, haha. Oleh kerana kelahiran anak saya adalah sangat sukar, selepas itu saya berasa tidak sihat. Jika luaran kita sentiasa sakit, saya mula berasa hilang semangat. Saya sedar yang kemurungan selepas bersalin sedang menghantui saya. Saya fikir ianya mustahil untuk saya kembali bekerja jika saya terus begitu. Oleh itu, saya mula mengambil seorang pengasuh selepas sebulan bersalin.

Beliau berharap untuk mengambil cuti bersalin selama setengah tahun. Namun, beliau mengubah fikirannya dan tekad untuk kembali ke tempat kerja kerana pasukannya kekurangan kakitangan. Selain itu, beliau melaporkan kerja di rumah dari segi sistem yang sesuai, huraian kerja, persekitaran sekeliling, personaliti dan lain-lain apabila beliau bekerja di rumah, jadi beliau dapat menjadi contoh kepada kerja di rumah di syarikat. Pengalamannya yang membentuk sistem kerja di rumah dalam syarikat.


Dengan budaya syarikat itu, sistem dibentuk. Kemudian, ia menjadi tetap.

Apa yang menakjubkan adalah hampir kesemua wanita yang bekerja di Pasona Group kembali bekerja selepas bersalin. Di Jepun, cuti bersalin digubal sekurang-kurangnya setahun sekarang. Apakah realitinya di syarikat ini?

pusat jagaan harian di pejabat kumpulan

pusat jagaan harian di pejabat kumpulan

Lazimnya, pekerja wanita kembali bekerja selepas mereka mengambil cuti bersalin selama setahun. Setiap orang di dalam syarikat ini mengambil kesempatan. Contohnya, dalam syarikat saya yang sebelum ini, bukan sahaja beberapa orang jurutera wanita yang mengambil cuti bersalin tetapi juga sangat sedikit dari mereka yang dapat kembali bekerja walaupun mereka telah mengambil cuti. Walau bagaimanapun, untuk syarikat kami, majoritinya adalah wanita yang paling utama, dan anda lihat ramai ibu-ibu yang bekerja di barisan hadapan jika anda kembali selepas bersalin. Ia telah diterapkan sebagai satu budaya syarikat.


Walau bagaimanapun, sesebuah budaya syarikat tidak boleh diterapkan dalam masa sehari. Walaupun Pasona Tech merupakan sebuah anak syarikat Pasona Group, kenapa ianya boleh berlaku?

Saya percaya ia mempengaruhi oleh kerana itulah sebabnya Pasona ditubuhkan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan kami, Yasuyuki Nambu, memulakan syarikat ini kerana beliau ingin memberi sokongan kepada wanita yang bekerja. Dengan budaya kami yang menyokong wanita, sistem ini dibentuk. Kemudian, ia menjadi tetap.

Pendekatan syarikat ini adalah berdasarkan kepelbagaian budaya; termasuk pusat-pusat jagaan harian di dalam syarikat, terdapatnya satu perkhidmatan jagaan untuk para ibu yang membesarkan anak dimana pengasuh menghubungi mereka sekali-sekala, dan banyak subsidi untuk pengurusan rumah, penjagaan anak dan lain-lain sebagai sebahagian perkhidmatan kemudahan kebajikan yang dijalankan oleh anak syarikat mereka, Benefit One. Cik Ao menggunakan sistem ini dan mula mengambil penjagaaan anak apabila anaknya berusia dua bulan.


Kedua-dua budaya dan sistem membentuk persekitaran kerja yang mesra wanita

Beliau telah melihat ramai wanita yang bekerja di pelbagai negara. Berdasarkan pengalaman itu, apakah pendapat beliau tentang perbezaannya berdasarkan negara tersebut?

Saya berpendapat bahawa wanita muda yang bekerja di China dibesarkan apabila penguatkuasaan dasar Satu-anak ini sangat bebas. Secara asasnya, mereka menganggapnya normal untuk bekerja tanpa mengira keadaan pada mulanya. Di Thailand, ia telah menjadi kebiasaan bahawa wanita juga membina karier mereka. Persekitarannya berbeza bergantung kepada negara wanita bekerja ini.

Saya mempunyai seorang sepupu perempuan di Amerika Syarikat, yang menukar kerjayanya kepada modal teroka di sana kerana kenaikan pangkat yang perlahan di Jepun berbanding dengan negara lain. Di Jepun, sememangnya tidak boleh dielakkan bagi wanita yang bekerja dinaikkan pangkat selepas lelaki jika kemahiran mereka berada di tahap yang sama disebabkan oleh budaya lama. Walau bagaimanapun, apabila saya bertemu dengannya tidak lama selepas itu, dia telah berhenti kerja.

Di Amerika Syarikat, ibu-ibu yang bekerja tidak mempunyai pilihan untuk mengupah seorang pengasuh kerana kebanyakan tempat tiada kemudahan penjagaan anak ketika ibu mereka bekerja seperti di Jepun. Walaupun kedua-dua sepupunya dan suaminya bekerja, beliau mengambil keputusan berhenti kerja untuk memberikan perhatian dalam membesarkan anak. Ini adalah kerana ia sangat mahal untuk terus bekerja sambil membesarkan anak di Amerika Syarikat, apabila membuat pertimbangan antara gaji anda dan perbelanjaan hidup dan membesarkan anak. Wanita-wanita Jepun tidak sedar betapa beruntungnya mereka kerana mereka boleh memilih untuk bekerja dengan adanya kemudahan penjagaan harian.

Menurut sepupunya, ramai wanita di Amerika Syarikat yang berputus asa untuk terus bekerja apabila mereka sedang membesarkan anak. Di Jepun, terdapat beberapa sistem untuk wanita tetapi budayanya cukup tersebar, namun banyak negara tidak mempunyai sistem yang bersesuaian walaupun adanya budaya itu. Ini menunjukkan kedua-dua budaya dan sistem membentuk persekitaran bekerja yang mesra wanita.


Mencipta dunia dimana jurutera dan pencipta dapat bekerja tanpa mengira tempat atau keadaan

Walaupun terdapatnya sistem di Jepun, kita tidak boleh berasa lega. Jepun sedang mengalami krisis penurunan kelahiran dan penuaan penduduk dan tidak dapat mengikut struktur industri dan pasaran semasa dalam negara lagi. Oleh itu, ianya lebih baik untuk mengenalpasti cara-cara bekerja yang baru untuk membentuk nilai dalam cara yang berbeza daripada sekarang. Atas pertimbangan ini, jurutera dan pencipta mempunyai potensi untuk mencipta satu nilai besar dalam dunia baru.

Pegawai Eksekutif wanita di Pasona Tech, Inc. di Jepun, Makoto Ao

Ketika saya sedang cuti bersalin, saya memikirkan perancangan hidup saya dan apa yang mustahil melainkan saya bekerja. Kemudian, saya mencadangkan apa yang saya ingin lakukan kepada presiden pada masa itu. Iaitu, membentuk dunia dimana jurutera dan pencipta dapat bekerja tanpa mengira tempat atau keadaan dan menyebarkannya. Kini Tokyo adalah pusat bagi industri teknologi maklumat di Jepun, tetapi saya ingin mengubahnya dan menyebarkannya di kalangan kawasan daerah luar bandar. Terdapat beberapa jurutera disekeliling saya yang tidak mempunyai pilihan tetapi harus berhenti kerja kerana keadaan seperti bersalin. Oleh itu, saya mula mencipta makmal tempatan sebagai satu perniagaan baru jadi saya boleh mengambil mereka bekerja lagi.


Kemudian, beliau melancarkan latihan perniagaan kejuruteraan sumber manusia yang bekerjasama dengan industri, kerajaan dan sekolah di Wilayah Gifu di Jepun dimana ia menumpukan pada pembangunan industri maklumat dan mempunyai akses mudah ke Nagoya, bandar keempat terbesar di Jepun. Perniagaan ini telah mempunyai lebih daripada 400 jurutera. Pada masa itu, ramai jurutera telah kehilangan kerja mereka kerana kemelesetan ekonomi yang disebabkan oleh Kejutan Lehman. Mereka boleh mendapatkan latihan kemahiran teknologi baru jadi mereka boleh diambil kerja kembali. Kini, Pasona Tech mempunyai beberapa hab untuk menyokong jurutera dan pencipta di Wilayah Saga dan bandar Nagoya, dan terus berkembang. Bagi syarikat, usaha yang disumbangkan oleh Pasona Tech adalah sebagai sokongan kepada jurutera dan pencipta.

Kuncinya adalah latihan. Kami ingin memberi tunjuk ajar kepada lebih ramai orang dalam mengenali teknologi maklumat, dan apa yang lebih penting, kami ingin meningkatkan bilangan mereka yang ingin menjadi seorang jurutera atau seorang pencipta. Oleh itu, kami melancarkan satu hab baru di Thailand.


Mereka yang memiliki kemahiran kreatif dan kemahiran reka bentuk pemasaran mampu mengubah dunia

Pegawai Eksekutif wanita di Pasona Tech, Inc. di Jepun, Makoto Ao
Hab-hab latihan perniagaan jurutera dan pencipta Pasona Tech tersebar di luar negara terutamanya di Asia Barat Daya. Di sana, mereka dapat belajar bagaimana untuk bekerja dalam satu pasukan projek serta kemahiran teknologi. Selain daripada jurutera yang sedia ada, permintaan pada masa hadapan terhadap pereka dan pencipta akan meningkat di Jepun, mereka yang dapat mencipta perniagaan baru dengan menggunakan teknologi sebagai satu alat. Walau bagaimanapun, tidak ramai pereka dan pencipta di Jepun. Bagaimanakah beliau memikirkan isu-isu mereka ini dan bagaimana beliau mengatasinya?

Kami menyokong kedua-dua jurutera dan pencipta, tetapi sasaran majoritinya adalah jurutera. Populasi jurutera adalah lebih besar kerana setiap orang boleh menjadi seorang jurutera tanpa mengira latar belakang pengajian anda di universiti. Kebanyakan syarikat-syarikat permulaan Jepun adalah syarikat teknikal.
Walau bagaimanapun, jika anda lihat dunia ini, saya rasa mereka yang mempunyai kemahiran kreatif dan kemahiran reka bentuk pemasaran yang mengubah dunia pada masa hadapan seperti UI (antara muka pengguna) dan UX (pengalaman pengguna). Jadi, saya memikirkan satu latihan dimana pelajar kesenian di universiti boleh bekerja di syarikat permulaan ini. Terdapat banyak universiti kesenian di Jepun, jadi saya ingin mencipta satu sistem untuk menggunakan sepenuhnya bakat mereka dalam perniagaan.



Pasona Tech mempunyai gaya bekerja yang fleksibel bergantung kepada keadaan dan mengetuai dunia dalam melatih jurutera sebagai perniagaan mereka. Falsafah korporat mereka, “Penyelesaian kepada masalah sosial,” membentuk budaya mereka dimana orang ramai menggunakan nilai-nilai mereka dalam pelbagai cara. Dengan itu, perniagaan mereka memberikan peluang pekerjaan sebagai hasilnya. Bagi budaya pula, syarikat mempunyai kepelbagaian masyarakat, di mana mereka bekerja, dan bagaimana mereka bekerja, yang membangunkan syarikat, mengembangkan potensi dan nilai mereka dalam sesebuah pasukan.