Jadi, apa yang membawa kejayaan dalam kerjaya? (1/2)

Executive Officer of Pasona Tech, Inc., Makoto Ao

Oleh kerana pembangunan pesat Internet dan perubahan yang drastik pasaran buruh di mana saja di seluruh dunia ini, hubungan antara pekerja dan syarikat telah berubah kepada sesuatu yang tidak pernah dialami sesiapa pun. Dengan anggapan bahawa persekitaran bekerja pada masa hadapan akan berlainan sepenuhnya daripada apa yang kita alami sekarang, apa yang dapat memberikan hasil yang baik? Anda? Pasukan anda?

Sudah semestinya, sama ada mereka memberi kesan antara satu sama lain, namun perlu ada standard umum dunia bagi minda / pengalaman para pekerja, dan budaya dan sistem pasukan yang mengoptimakan sumber manusia mereka. Hari ini, kami mengalu-alukan Makoto Ao, satu-satunya wanita sebagai Pegawai Eksekutif Pasona Tech, Inc. (terletak di Tokyo, Jepun), untuk membincangkan masa depan standard global dalam dua perspektif yang berbeza: individu yang berjaya dan pasukan yang produktif.

Inside of PASONA GROUP Comprehensive Group Office

Pasona Tech, Inc. merupakan salah satu anak syarikat bagi syarikat Jepun, Kumpulan Pasona. Dalam falsafah korporat kumpulan syarikat ini iaitu “Penyelesaian kepada masalah-masalah sosial,” syarikat ini telah mengembangkan pekerjaan para jurutera melalui pengambilan staf sementara dan menggunakan khidmat luaran.

Sejak tahun 1994, apabila teknologi maklumat tidak dikenali seperti hari ini, syarikat telah menghasilkan peluang untuk mendapatkan kemahiran dan menjalankan tugas untuk “HUMANWARE®,” dimana ia dinamakan sempena mereka yang membuktikan paling banyak kemungkinan teknologi. Kini, perniagaan mereka adalah untuk menyokong syarikat-syarikat luar negara terutamanya di ASEAN, dan pemulihan masyarakat bersekutu dengan syarikat dan kerajaan tempatan.


Dengan latar belakang sebagai jurutera pada masa dahulu, salah seorang Pegawai Eksekutif syarikat, Makoto Ao memegang idea “mencipta cara kerja masa hadapan untuk jurutera dan pencipta” dan menumpukan pada latihan perniagaan bakat teknologi maklumat bersama dengan kerajaan dan syarikat tempatan. Untuk mengembangkan tempat dimana kedua-dua jurutera dan pencipta dapat bekerja, tumpuan utama beliau adalah pada pada dua perniagaan: menubuhkan pangkalan tempatan untuk jurutera dan pencipta seperti Gifu Hub dan Nagoya Hub, dan perniagaan khidmat luar kumpulan, dikenali sebagai Job-Hub.

Ketika mengembangkan kerjaya dengan mengambil pengalaman sebagai seorang jurutera WEB, membuka pejabat jualan yang baru dan menubuhkan perniagaan yang berkaitan dengan WEB, beliau merupakan seorang ibu yang bekerja. Beliau sering mendapat pertanyaan tentang nasihat kerjaya oleh wanita-wanita yang bekerja di kedua-dua tempat di Jepun dan pangkalan global tentang pengalaman beliau dalam penggantian kerja, membesarkan anak, dan kenaikan pangkat. Beliau menunjukkan kepada kami perspektif beliau tentang kedua-dua kejayaan kerjaya sebagai seorang individu dan sebuah pasukan yang produktif berdasarkan pengalaman beliau.


Membentuk kerjaya sendiri

Cik Ao, salah seorang Pegawai Eksekutif di Pasona Tech, Inc., memulakan kerjaya beliau sebagai seorang jurutera. Titik perubahan bermula setelah empat tahun apabila beliau menyedari bahawa peluang untuk beliau memperoleh kemahiran adalah terhad.

Ianya jelas kenapa saya berhenti kerja di syarikat pertama; Rakan sekerja lelaki ditugaskan untuk projek-projek teras berbanding wanita. Oleh kerana saya ingin mempunyai pengalaman dalam projek-projek teras, saya menyuarakan pendapat saya kepada beberapa bos saya pada waktu itu, tetapi saya tidak diberi peluang satu pun. Mereka memberitahu kepada saya untuk tidak perlu bersusah-payah dengan kerjaya saya kerana saya seorang wanita dan memberi tugasan pakej projek yang agak mudah.

Walau bagaimanapun, saya sangat berminat untuk menguasai apa-apa kemahiran seperti kejuruteraan pelayan dan ke depan secepat yang mungkin. Oleh itu, saya menukar pekerjaan saya ke sebuah syarikat yang agak lebih kecil, dimana lebih banyak peluang di situ.

Di dalam syarikat baru, beliau berpengalaman melancarkan sebuah perniagaan baru berkaitan pengurusan perhubungan pelanggan menggunakan beberapa pangkalan data tertentu. Dengan menukar kerjaya beliau pada usia lewat 20an, beliau mendapat persekitaran yang diingini dimana beliau dapat meningkatkan pengetahuannya dalam bidang kejuruteraan sebanyak mana beliau harapkan. Tetapi, oleh kerana perjalanan perniagaan yang kerap dan kerja keras, lama-kelamaan kami berasa sukar untuk meneruskan kerja dalam jangka masa yang panjang.

Malah sebenarnya, saya berkahwin selepas saya menukar pekerjaan. Oleh kerana suami saya bekerja di Yokohama, dan saya bekerja di Osaka, (Ia mengambil masa lebih daripada dua jam sehala menaiki kereta api berkelajuan tinggi) kami hanya dapat berjumpa pada hujung minggu. Pada mulanya ia okay, tetapi saya mula berasa tidak yakin dengan gaya kerja sebegini pada masa depan dalam dua perspektif; perkahwinan dan kekuatan fizikal.


Pasona Tech, Inc. merupakan ‘syarikat HUMANWARE® yang tidak berubah’ dimana wanita boleh menunjukkan nilai tertinggi seseorang

Cik Ao bertemu Pasona Tech, Inc. ketika pencarian kerja kedua beliau untuk 'mencapai keseimbangan dalam kedua-dua kerjaya dan kehidupan-kerja.’ Oleh kerana seorang staf syarikat agensi yang terpilih bekerja dalam pilihan kerjanya, beliau amat kecewa dengan tawaran kerja tersebut. Oleh kerana beliau telah menerangkan 'syarikat menyokong kejayaan wanita di tempat kerja dan berkepakaran dalam teknologi maklumat serta sentiasa mencabar diri mereka dengan perkara yang baru,’ beliau nekad untuk menghadiri temuduga mereka, dimana pertemuan bersejarah antara beliau dengan Koichi Morimoto, presiden syarikat itu.

Pepper at the front desk

Dalam Pasona, Inc., Encik Morimoto melancarkan dua perniagaan baru; salah satunya adalah Windows Rescue pada tahun 1994, dan yang lainnya adalah Mac Rescue pada tahun 1996. Beliau telah memberikan tumpuan dalam melatih jurutera dan pencipta dengan ramalan peningkatan keperluan kedua-duanya di Jepun pada masa hadapan sebagai pembangun teknologi maklumat.

Beliau memberitahu saya visi beliau bahawa Pasona Tech, Inc. adalah 'syarikat HUMANWARE® yang tidak pernah berubah,’ bukan semata-mata syarikat perkakasan mahupun perisian dalam industri teknologi maklumat, yang mengagumkan dan membangkit semangat saya. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk menyertai syarikat ini, terpikat kerana beliau.

Selepas menyertai Pasona Tech, Inc., beliau membuka pejabat jualan yang baru di banyak kawasan. Sebab beliau menukar kerja adalah untuk meningkatkan keseimbangan kehidupan dan kerja, tetapi beliau terlalu fokus dengan kerja barunya. Beliau mengenang masa-masa lalu itu sebagai satu memori yang menarik.

Saya tidak sedar yang saya bekerja begitu kuat. Saya sangat gembira memulakan perniagaan sendiri, yang mana ia sangat berbeza daripada kerja terdahulu saya yang sentiasa berusaha untuk menyiapkan tugasan mengikut tarikh akhir. Ianya sangat menarik. Saya rasa saya bekerja sangat kuat, haha. Ahli-ahli kumpulan saya kebanyakannya seperti satu keluarga.


Cik Ao sedar akan kepentingan untuk berdikari dalam ekonomi apabila suaminya juga menukar kerjayanya.

Bagaimana beliau tegas dengan kerjayanya dan mencapai apa yang beliau katakan 'satu kerja yang menarik’?

Saya rasa lebih selesa memilih, melaksanakan dan mencapainya sendiri. Sebenarnya, saya tidak menyangka diri ini menjadi seorang 'wanita bekerjaya’ pada mulanya. Saya ingin menguasai kesemua kemahiran kejuruteraan tetapi tidak mahu bekerja keras. Saya tidak terlalu memikirkan tentang kerjaya saya pada waktu itu kerana latar belakang ayah saya sebagai seorang usahawan, dan diri saya sendiri yang menjalankan perniagaan ketika saya masih berada di universiti.

Walau bagaimanapun, beliau menukar fikiran berdasarkan satu kemalangan yang berlaku sebelum beliau berkahwin.

Pada mulanya, apabila saya masih muda, saya berkawan dengan beberapa orang lelaki yang mempunyai pemikiran keusahawanan, tetapi mereka membuatkan saya fikir yang saya mahu mengikuti impian saya. Saya mahu bergantung kepada pasangan saya dari segi sumber kewangan, tetapi saya ingin melakukan apa yang ingin saya lakukan selain daripada itu kerana saya merupakan anak tunggal dalam keluarga saya.

Walaupun begitu, saya telah berkahwin dengan suami saya yang merupakan seorang pekerja pejabat. Walau bagaimanapun, suami saya memutuskan untuk menukar kerjayanya juga. Ia menyedarkan saya yang saya juga perlu berdikari secara ekonomi jika sesuatu berlaku pada masa hadapan.

Dengan memikirkan tentang kerjayanya, beliau bekerja keras untuk membuka beberapa pejabat jualan. Kemudian pada tahun 2007, beliau dipilih sebagai salah seorang ahli Lembaga Muda yang mempunyai peluang untuk merancang sebuah perniagaan baru untuk seluruh syarikat Kumpulan Pasona.


Perkara utama untuk melakukan perubahan kerjaya yang berjaya adalah 'tidak membandingkan diri anda dengan orang lain.’

Beberapa orang mungkin mengatakan bahawa kerjayanya penuh drama. Berpengalaman dalam banyak titik perubahan dalam kerjaya, bagaimanakah beliau memikirkan kerjayanya sendiri?

Titik perubahan dalam kerjaya adalah satu masa yang baik untuk menimbang semula diri anda sendiri, dan ianya penting untuk melihat kembali langkah-langkah yang telah anda lalui. Kita tidak mempunyai peluang untuk memahami situasi kerjaya anda sendiri secara objektif di dalam kehidupan seharian kita. Jadi, adalah perlu untuk mengambil masa untuk menimbang hidup anda apabila jawatan anda berubah disebabkan oleh perubahan kerja atau peristiwa hidup. Ciri kerjaya saya adalah dimana saya menghubungkan titik perubahan ini untuk menjadi lebih baik.

Cik Ao mengenang kembali senyuman dan ketawa yang lalu. Tetapi secara amnya, kadang-kadang ia menjadi susah untuk mengharungi kesusahan seperti berhadapan dengan peluang pekerjaan yang terhad, berhempas-pulas untuk mengimbangi kerja dan keluarga, dan rakan yang mengalami perubahan kerjaya. Apa yang membuatkan beliau mengatasi masalah-masalah sebegitu?

Sebenarnya, ada sesuatu yang saya perasan apabila saya sedang berbual dengan seorang presiden syarikat. Saya tahu yang saya seorang yang agak positif, tetapi beliau memberitahu saya yang saya tidak membandingkan diri saya langsung dengan orang lain. Jika saya fikirkannya, saya tidak risau sebenarnya tentang apa yang orang lain lihat saya berbanding dengan orang lain. Kepercayaan saya adalah semua orang adalah berbeza, dan saya menuju ke jalan saya sendiri. Pandangan saya tidak dipengaruhi dengan pandangan orang lain.


Saya tidak kisah apa yang mereka fikir; saya merangka kerjaya saya.

Beliau berkata bahawa personaliti ini datang sejak dari kecil lagi bukannya ketika beliau sedang membina kerjayanya.

Saya tidak mempunyau sebarang tentangan pada persekitaran baru dimana ketika zaman kanak-kanak saya mengalami banyak perubahan persekitaran dan saya berpengalaman bertukar tempat kediaman, berpindah ke sekolah lain atau bersekolah di sekolah pendalaman. Oleh itu, saya tidak kisah tentang orang asing, berpindah, atau sudah semestinya bertukar kerja. Ramai orang berkata yang mereka takut untuk melakukan perkara baru, tetapi saya tidak mempunyai ketakutan jenis itu.

Bagaimanakah beliau berasa tidak gentar terhadap perkara baru?

Jika saya berfikir tentang mengapa saya tidak takut untuk melakukan perkara baru, personaliti saya untuk tidak membandingkan dengan orang lain memainkan peranan penting. Sebaliknya, jika saya melakukan kesilapan, saya fikir sebabnya adalah saya bertuah dipilih untuk gagal. Saya tidak biasa melihat diri saya dibandingkan dengan orang lain seperti para ibu yang pelihara anak, atau wanita lain yang bekerja. Saya merangka kerjaya saya sendiri. Ramai orang seperti saya di luar negara, dan mereka mengambil berat tentang kehidupan mereka sendiri dan keluarga lebih daripada segala-galanya.


Menarik peluang dengan menyuarakan apa yang beliau ingin lakukan.

Apa yang beliau maksudkan sebenarnya dengan 'merangka kerjaya sendiri’?

Saya sentiasa menyuarakan apa yang saya ingin lakukan semuanya, dan kemudian seseorang memberikan saya peluang untuk melakukannya. Saya selalu berkata apa yang saya boleh laksanakan dalam masa tiga tahun. Contohnya, pernah sekali saya katakan “Saya mahu menulis untuk satu ruangan di akhbar. Mujurlah, saya mendapat tawaran untuk menulis satu siri untuk akhbar.

Jadi, apa yang beliau ingin lakukan seterusnya?

Rakan saya, seorang wartawan ekonomi wanita, muncul di rancangan TV tabloid setiap Ahad sebagai pengulas. Jadi, saya berharap untuk muncul di kaca TV sebagai seorang pengulas wanita untuk bidang teknologi maklumat.



Sepanjang sesi temu bual, kami menjawab setiap soalan dengan senyuman walaupun beliau menceritakan tentang pengalaman sukar beliau, yang menunjukkan kekuatannya. Beliau menumpukan hanya pada dirinya tanpa mengambil peduli tentang orang lain. Dan sekali-sekala, beliau berhenti dan menimbang semula hidupnya untuk menjadi lebih baik. Beliau menarik peluang yang ada pada dirinya dengan menyuarakan apa yang beliau ingin lakukan. Inilah yang menunjukkan beliau 'merangka kerjayanya sendiri’.


Esok, dalam bahagian kedua temuduga bersama beliau, kami ingin memikirkan tentang 'perkara yang membina sumber manusia dan mendorong ahli-ahli pasukan mempamerkan prestasi yang baik dalam satu pasukan.’